Saturday, December 21, 2013

Komunikasi berkesan

Kunci 7K :

K1 : Kepercayaan
# Penyampai harus memperolehi kepercayaan daripada pendengar
# Dapat tarik perhatian dan tumpuan pendengar
# Dapat membantu kelancaran penyapai maklumat
# Penyampai akan lebih yakin dalam penyampaiannya

K2 : Konteks
# Mesej hendaklah mempunyai kebenarannya
# Terutama dalam konteks yang tertentu

K3 : Kandungan
# Hendaklah mempunyai makna
# Makna akan mempengaruhi pendengar untuk bertindak

K4 : Kejelasan
# Mesej seharusnya tidak mengelirukan
# Pemilihan kata-kata atau simbol-simbol yang digunakan ketika berkomunikasi haruslah jelas

K5 : Keupayaan pendengar
# Tahap keupayaan pihak pendengar akan menentukan kekesanan komunikasi
# Jika tinggi tahap pemahaman pendengar, penyampai harus guna ayat yang sesuai dengan ilmu pendengar
# Lebih sesuai jika digunakan ayat-ayat yang mudah difahami

K6 : Kaedah
# Komunikasi harus melalui beberapa saluran yang dipilih
# Komunikasi hendaklah sesuai dengan tujuan penyapaian maklumat
# Penyampai haruslah mempertimbakan tentang apakah kumpulan sasar dan berapakah saiznya.

K7 : Kesinambungan
# Komunikasi adalah satu proses yang berterusan
# Komunikasi perlu berulangan untuk menarik perhatian
# Susunan ayat-ayat mesti ada hubungkait untuk melicin penerimaan pendengar ini akan menguatkan fakta-fakta yang telah disebutkan.

Wallahu alam.

Mohamad Nawi b Jaffar
Nadwah kepemimpinan Islam
Sekolah Menengah

No comments:

Post a Comment