Thursday, December 26, 2013

Peluang berada di mana-mana

Esei 38

Di Tenggara Asia, cendawan, pucuk buluh, rumpai laut, kekacang, buah-buahan dan sayuran dituai daripada sumber asli. Hasil perniagaan boleh mencecah berbilion-bilion ringgit setahun. Pencari logam terpakai kini telah mengumpul wang yang banyak. Berbagai-bagai peluang tanpa had tetap wujud di dalam setiap industri. Merncari dan merebut peluang adalah teramat penting.Kekadang teguran yang bersahaja dari seseorang boleh mencetuskan inspirasi, mungkin membuka pintu peluang yang lebih besar!.Berwaspadalah, dan buat perhitungan yang bijak.

Belajarlah dari En. Brett seorang pengukir yang kisahnya ditulis oleh Denis Waitley dalam The Winner’s Edge; pada tahun 1979 di Malibu, California. beliau membeli batu besar seberat 116 tan. Pihak berkuasa komuniti telah membelanjakan US$1 000 000 untuk mengubah kedudukannya. Dia membeli batu itu dengan harga US100 dan menjadikannya ukiran tugu peringatan yang besar, dan kemudian telah menerima bayaran upah US$1 juta!.

Namun ingatlah pesan Thedore Roosevelt; lakukan apa yang anda boleh, dengan apa yang anda ada, di mana juga anda berada. J.Oppenheim pula menyebut; orang odoh mencari kebahagiaan di tempat jauh; yang bijak menyemai benih di bawah tapak kakinya sendiri. Kekadang banyak peluang datang mengetuk pintu depan tetapi kita asyik mencari-cari di kebun belakang rumah. Selain itu ada juga orang baru sahaja tinggalkan jeti tidak lama kemudian kapal dagang pun masuk berlabuh!.

Agak aneh apabila didapati peluang biasanya tercetus dari keadaan bermasalah atau ketika terdapat kepayahan. Pepatah lama ada menyatakan, waktu paling gelap itu ialah semasa menjelang fajar menyising. Kegagalan hanyalah selingan. Elaklah sifat suka teragak-agak, ia adalah tanah perkuburan bagi peluang-peluang yang terlepas.

Ingatlah :

1) Buka minda dan mata anda pada setiap ide baru, produk, kepelbagaian, peningkatan, malah angan-angan. Biasanya akan wujud lagi Care-Bear, Garfield atau Rubik’s Cube yang menanti untuk diterokai.

2) Jangan lepaskan perhatian terhadap sbarang kemungkinan, di dapur, di dalam kelas atau di pejabat. Ada sebarang masalah untuk diselesaikan, produk untuk mengurangkan sebarang kesengsaraan? Ingat, walapun satu teguran yang bersahaja boleh memandu anda ke arah perkara yang lebih besar.

3) Biarkan masalah anda berkubur; tetapi hidupkan segala peluang-peluang yang ada. Teruskan kehidupan ini sentiasa dengan mata yang terbuka dan dengan akal yang sentiasa bergerak!

a) Kita hanya menemui dunia yang kita cari ( Henry D.Thoreau )

b) Persediaan rapi menjadikan nasib itu baik ( Joe Poyer )

Wallahu alam.

Stephen W.K.Tan
100 Esei Inspirasi & Motivasi Untuk Pelajar

No comments:

Post a Comment