Tuesday, December 24, 2013

Usaha membaiki diri 1

a) Berusahalah memperbaiki diri di samping menyeru orang lain….kerana berusaha menjadi baik walaupun belum baik adalah lebih baik daripada tidak berusaha langsung.

b) Kadangkala, dalam pencarian yang pasti pun kita mungkin tercari-cari kerana terlalu banyak cahaya boleh menjadi mata menjadi buta.

c) Orang yang baik akan sentiasa dapat melihat kebaikan orang lain. Hidupnya seperti di dalam taman yang dipenuhi aneka bunga.

d) Sangka baik kita kepada orang lain adalah doa kita untuknya. Sangka baik orang kepada kita adalah doanya untuk kita. Insya-Allah, sentiasa bersangka baik kita akan mendapat yang baik. Walaupun belum jadi baik sekurang-kurangnya membantu sesama kita yang sedang berusaha menjadi baik.

e) Kita adalah apa yang kita baca. Dan siapa kita menentukan bagaimana kita melihat. Apa yang kita lihat menentukan apa yang kita dapat. Justeru, bacalah yang baik-baik. Insya-Allah kita akan menjadi baik dan akan mendapat banyak kebaikan dalam kehidupan ini. You are what you read! Iqra’ – bacalah dengan nama Tuhanmu.

Wallahu alam.

Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013

No comments:

Post a Comment