Thursday, December 26, 2013

Usaha membaiki diri 3

a) Lidah selalu menyebabkan telinga menjadi tuli. Kononnya dengan banyak bercakap, kita akan terlihat pandai dan bijak berbanding orang yang diam. Kebanyakkan kita menyangka orang yang diam itu bodoh. Sedangkan diam itulah terpuji dan bermanfaat. Kata bijak pandai: diam itu banyak hikmahnya tetapi sedikit sekali orang mengambil manfaatnya.

b) Hati itu umpama magnet. Ia mempunyai kuasa menarik sesuatu yang berada di luar diri ke dalam diri. Apa yang hati rasakan itulah yang akan diterima sebagai pantulan. Justeru, penting sekali bersangka baik agar kebaikan akan ditarik ke dalam diri.

c) Jagalah lidah agar diberi kemantapan akidah. Jagalah mata agar diberi kemantapan jiwa. Jagalah hati agar diberi nur yang menyinari. Allah lebih kenal siapa kita daripada kita mengenali diri sendiri.

d) Katakan pada diri…yang paling bermakna ialah hari ini. Yang paling patut dihargai ialah orang yang berada di sisi. Manfaatkan hari ini dengan sebaiknya. Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Bahagiakanlah sesiapa sahaja yang bersama kita pada hari ini dengan senyuman, doa dan kata-kata yang baik.

e) Jangan berputus asa di jurang kemaksiatan, jangan selesa di puncak ketaatan.

Wallahu alam.

Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013

No comments:

Post a Comment