Tuesday, December 17, 2013

Masa Pembelajaran Akademik

Masa pembelajaran akademik atau Academic Learning Time (ALT) merupakan jumlah masa yang diambil oleh murid untuk menyelesaikan tugasan akademik dan melaksanakannya dengan kadar kejayaan yang tinggi.

Menurut Gettinger dan Seibert (1995), ALT mempunyai empat pembolehubah yang menentukan tahap pencapaian pembelajaran murid iaitu :

a) Masa yang diperuntukkan
b) Masa sebenar yang digunakan untuk pengajaran
c) Masa keterlibatan murid (student engagement) dalam pembelajaran dan
d) Kejayaan pembelajaran dan pengajaran berkesan

High performance requires every child to succeed.
( Mc Kinsey & Company (2007))

Wallahu alam

Dato’ Hj Sufa’at b Tumin
TKPPM (SOP), KPM
2013

No comments:

Post a Comment