Tuesday, December 10, 2013

Kompetensi Fungsian JPN & PPD (2)

Pengurusan dan Pengagihan Sumber

Keupayaan mengurus sumber (dana, kemudahan fizikal, masa dan sumber pengajaran-pembelajaran) bagi menyokong matlamat organisasi dengan berkesan

Tahap 1 :
a) Berkeupayaan mengenal pasti kekurangan sumber dalam bidang yang dilaksanakan
b) Berkeupayaan menawarkan penyelesaian berkaitan isu sumber semasa dan apabila ianya berbangkit
c) Berkeupayaan mengurus keadaan yang melibatkan sumber dalaman dan dalam lingkungan pasukan kerja

Tahap 2 :
a) Berkeupayaan mengenal pasti kekurangan sumber merentas pelbagai bidang, dan melangkaui skop kerja
b) Berkeupayaan mengenal pasti isu mendesak dan berupaya meletakkan keutamaan sumber dengan sewajarnya
c) Berkeupayaan mengurus keadaan yang melibatkan sumber merentas fungsi, dan berupaya mengimbangi keperluan jabatan sendiri dan keperluan organisasi keseluruhan.

Tahap 3 :
a) Berkeupayaan mengenal pasti kekurangan sumber merentas pelbagai bidang, dan melangkaui skop kerja sendiri
b) Berkeupayaan meletakkan keutamaan penyelesaian berdasarkan risiko dijangka dan analisis kos dan faedah, dan membuat keputusan dalam keadaan mendesak
c) Berkeupayaan mengurus keadaan yang memerlukan penyelarasan sumber yang melangkaui pasukan kerja sendiri, dan berkemungkinan melibatkan rundingan dengan pihak ketiga.

Tahap 4 :
a) Berkeupayaan mengenal pasti kekurangan sumber merentas pelbagai bidang kerja dengan pengetahuan mendalam dalam pelbagai bidang.
b) Berkeupayaan menjangka isu berkaitan sumber dan meletakkan keutamaan penyelesaian untuk menghalang isu sumber berbangkit
c) Berkeupayaan mengurus keadaan yang memerlukan penyelarasan tahap tinggi dengan rangkaian yang luas, dan membina perhubungan jangka panjang dengan pihak ketiga untuk melaksanakan penyelesaian yang lestari.

Wallahu alam.

KPM,2013

No comments:

Post a Comment