Monday, December 9, 2013

Keajaiban minda yang positif

Esei 32

a) Kejutkan minda anda. Ia mewah dengan kekayaan dan kebahagiaan. Jadikan ia satu cabaran peribadi untuk mengetahui lebih banyak mengenainya agar dapat memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Berlatih berfikir secara positif.

b) Bentuk pemikiran harian adalah sangat genting. Ia boleh jadi kreatif atau membinasakan. Malah dengan bercakap beberapa ayat di sana sini akan memberi impak dan mengubah hidup anda. Kadangkala tidak perlu berkata benar, minda sedia menerima segalanya

c) Batas keupayaan dan anggapan negatif telah diwarisi oleh manusia semenjak lahir dan dibebankan ke atas diri sendiri. Sifat pengecut dan malas telah menyusul ke dalam hidup serta dikukuh sehingga dewasa. Sebaliknya seseorang yang berfikiran positif tidak pernah putus asa, dia sentiasa mencari jalan.

d) Anda boleh memilih bentuk pemikiran sendiri. Dengan petunjuk dan lindungan Tuhan, tiada apa yang perlu ditakuti. Fokus pemikiran untuk betulkan yang salah dan baiki keadaan. Kekuatan itu dapat menampung kesusahan.Selalulah pilih pemikiran ke arah memajukan minat.

e) Pemikiran yang positif boleh dibudayakan menerusi: Pertama, kuatkan naluri kawalan . Tangani masalah dengan penuh kekuatan tanpa takut buat silap. Kembalikan status asal minda yang bebas dari ketakutan. Kedua,fikirkan yang besar, luaskan skop fikiran tanpa had. Ketiga.gunakan visualisasi dan pengesahan. Keempat, elak memaksa minda untuk menerima cadangan mungkin ianya tidak berkesan;sebaliknya terima cadangan itu secara semulajadi. Dan terakhir, jauhkan dari perkara negatif dan amalkan dengan positif.

Berjaya atau gagal dalam perniagaan lebih banyak disebabkan oleh corak minda berbanding keupayaan minda. ( Walter D.Scott )

Wallahu alam.

Stephen W.K.Tan
100 Esei Inspirasi & Motivasi Untuk Pelajar

No comments:

Post a Comment