Saturday, April 20, 2013

Tawarkan insentif dan rangsangan semangat


Semarak 15
vs semangat tidak penting

Satu cara yang ditemui pengurus tentang cara memperkaya tempat kerja ialah dengan menambah manfaat bekerja di situ. Pada masa dahulu, pukal manfaat hanya terdiri daripada rancangan kesihatan dan liputan pergigian. Pengurus seperti anda sudah menjadi lebih kreatif dari segi membekalkan pekerja dengan insentif tersendiri dan rangsangan semangat yang menyumbang kepada persekitaran kerja yang kian berubah, menggembirakan dan memotivasikan.

Hayatilah pelajaran pintas daripada syarikat bertaraf dunia yang mencipta insentif pekerja sendiri dan memberi ganjaran motivasi yang menghasilkan tahap prestasi yang lebih tinggi dan pekerja yang lebih gembira!

# Goldman Sachs, New York : Apabila pekerja bekerja lewat, syarikat Wall Street ini menghantar mereka balik ke rumah dalam limo percuma.

# Valassis Communications, Livonia, Michigan : Pekerja menerima kereta pengganti apabila kereta mereka dihantar ke bengkel, diskaun perkhidmatan pembantu rumah dan kerusi kereta untuk kanak-kanak bagi ibu bapa baru.

# MBNA, Wilmington, Delaware : Syarikat memberi hadiah perkahwinan yang maha termasuk khidmat limo pada hari perkhawinan, $500 dan cuti seminggu kepada pekerja mereka yang berkahwin.

# WRQ, Inc., Seattle, Washington : Lucu tetapi benar, pembekal perisian integrasi ini membenarkan pekerja berehat di bilik rehat yang dibekalkan dengan tilam futon.

# J.M.Smuker, Orrville, Ohio : Pembuat jam terkenal ini memperkaya persekitaran dengan kitaran kerja berterusan supaya pekerja sentiasa berasa dimotivasikan dan berminat

# REI,Kent, Washington : Bapa baru diberi dua minggu cuti bergaji supaya dapat bersama bayi baru mereka.

# Dell Computer, Round Rock, Dallas : Setiap orang mendapat cuti seminggu pada Krismas dan 10 hari cuti bergaji setiap hari untuk kegunaan peribadi.

Berikut ialah beberapa cadangan bagi anda mencipta insentif kreatif :

a) Bertindak fleksibel dengan pekerja : Tahukah anda bahawa membantu pekerja mencari keseimbangan kehidupan dapat mengekalkan motivasi tinggi pekerja? Tahukah anda bahawa ganjaran kerja yang paling diminta ialah fleksibiliti? Berikut ialah jenis fleksibiliti yang baling banyak diminta oleh pekerja: telekerja, jadual fleksibel, perkongsian kerja, jadual minggu termampat (10-jam sehari, empat hari seminggu), pengurangan masa kerja pada musim panas dan masa tertentu untuk menguruskan perkara peribadi apabila perlu.

b) Motivasikan tanpa kewangan : Ya, memang boleh memotivasikan pekerja demgan sedikit atau tanpa wang. Berikut ialah beberapa idea : tampal surat terima kasih pada pintu bilik pekerja, jadualkan sehari bagi pengurus membasuh kereta pekerja, jawab panggilan telefon pekerja selama sehari, uruskan mesyuarat membina semangat untuk meraikan kejayaan, ajak pekerja makan tengah hari apabila dia ada masa lapang, bawa bersama hadiah sijil makan malam percuma dan beri kepada sesiapa yang layak, tentukan tempat letak kereta khas sebulan, beri cuti dua hari jumaat berturut-turut, hadiahkan bunga, beri sumbangan kepada pertubuhan amal pilihan pekerja.

c) Bikin serupa cakap : Jadikan diri model peranan bagi apa yang anda harapkan daripada orang lain. Juga, tunjukkan kesungguhan anda dan ingatkan orang lain bahawa masalah dapat diselesaikan. Sentiasa beri penghargaan kepada orang yang mengatasi rintangan untuk mencapai sesuatu. Beri tumpuan kepada aspek positif idea baru. Berbincang dengan orang secara individu atau dalam kumpulan, terutama sekali apabila semangat menurun. Luahkan rasa optimis anda dan kepercayaan anda kepada pasukan. Tumpukan kepada kemenangan yang kecil tetapi bererti, bukan hanya kejayaan yang besar. Jadikan kerja itu seronok dan  sentiasa raikan kejayaan!.

Orang ingin apa yang mereka lakukan itu mempunyai makna.
- Frances Hesselbein, Presiden The Drucker Foundation
 Wallahu a’lam

Bagaimana memotivasikan setiap pekerja
Anne Bruce, 2005

No comments:

Post a Comment