Monday, April 22, 2013

Sentiasa galakkan akauntibili


Semarak 17
vs jangan galakkan rasa akauntibiliti

Apakah cara terbaik untuk menggalakkan akauntibiliti di kalangan pekerja? Dengan membantu mereka memahami dan menghargai peranan yang mereka mainkan dalam gambaran menyeluruh organisasi.

Terdapat ungkapan yang sepatutnya menggalakkan pengurus berfikir : Setitik hujan tidak pernah bertanggungjawab terhadap banjir. Ungkapan yang lebih positif : Setitik hujan tidak pernah dipuji kerana bunga bertumbuh. Hanya banyak titik hujan yang berkerjasama yang dapat memberi kesan.

Orang yang melakukan perkara luar biasa hanya berbuat demikian kerana mereka bertangunggjawab terhadap diri sendiri. Sudah tentu bukan kerana kenaikan gaji atau kenaikan pangkat. Apakah yang mendorong kita erus berjalan sebatu lagi atau mendaki gunung tertinggi? Motivasi diri – motivasi  yang berasal daripada jiwa dan minda, motivasi yang membuat kita bertanggungjawab. Tiada kuasa manusia yang lebih kuat. Berikut ialah beberapa idea untuk mempergunakan kuasa itu :

a) Galakkan pekerja percaya kepada diri sendiri : Walau apapun tindakan yang anda ambil sebagai pengurus, matlamat muktamad sepatutnya untuk membantu semua pekerja percaya kepada diri sendiri dan percaya mereka dapat mencapai apa-apa yang ingin mereka buat. Bantulah pekerja menerima rasa akauntibiliti bagi kerja mereka. Ini bukan sahaja dapat membantu mereka tetapi dapat memberi inspirasi kepada mereka. Apabila seorang wanita bernama Ffyona Campbell memutuskan untuk berjalan 16 088 kilometer merentas Afrika dan Cape Town ke Tangiers, semua orang kagum. Ketika ditanya mengapa dia berbuat demikian, jawapannya ialah : Kerana saya kata saya boleh. Sewaktu ditanya kepada siapa ditujukan pernyataan itu, dia menjawab : Saya sendiri. Ffyona percaya kepada diri sendiri, dan kerpercayaan serta keyakinan dalaman itulah yang memberi inspirasi untuk menghadapi perjalanan yang berbahaya seorang diri.

b) Bantu orang lain mengurangkan jurang bagi mengatasi matlamat : Memastikan diri sendiri sentiasa dimotivasikan dan menerima tanggungjawab ialah jambatan antara penentuan matlamat dan pencapaian matlamat. Inilah yang merupakan daya mendorong pencapaian manusia. Berikut ialah dua cara berkesan untuk membantu pekerja mengurangkan jurang bagi mencapai matlamat mereka. Satu, bantu pekerja menghadapi ketakutan. Galakkan pekerja membincangkan ketakutan dan perkara yang paling membimbangkan mereka secara terbuka dan kemudian bertindak sungguhpun takut. Apabila pekerja mengorak langkah ke arah matlamat, ketakutan atau kerisauan mereka akan lesap dan keyakinan akan mula menjadi lebih kuat. Dua, bantu pekerja menumpu kepada hasil muktamad. Bantu mereka membayangkan kejayaan dan menuju ke hala ini.

c) Ikatkan pekerja kepada akauntibiliti mereka : Memegang akauntibiliti bermakna memikul tanggungjawab bagi tindakan dan hasil anda. Akauntibiliti sejati menjangkau perlakuan tugasan. Akauntibiliti bermakna mereka berasa bertanggungjawab terhadap kerja dan hasil yang mereka  capai. Berikut ialah beberapa petua untuk mengikat pekerja kepada akauntibiliti : sediakan senarai kriteria prestasi yang dapat diterima; kaitkan ekspektasi kepada reviu pekerja dan sediakan ekspektasi bertulis terlebih dahulu ; tentukan ganjaran untuk kejayaan dan akibat bagi kerja yang kurang baik: jadikan kecemerlangan pilihan tunggal dan tunjukkan bahawa prestasi kurang bermutu tidak diterima.

Kita perlu mengganti falsafah alasan – kedudukan saya di luar kawalan saya – dengan falsafah tanggungjawab.
- Barbara Jordan, penguam dan bekas ahli kongres

Wallahu a’lam

Bagaimana memotivasikan setiap pekerja
Anne Bruce, 2005

No comments:

Post a Comment