Thursday, April 18, 2013

Berterus terang tentang ganjaran dan penghargaan


Semarak 12
vs peduli ganjaran dan penghargaan

Maklumkan dengan terus terang kepada pekerja apa yang boleh diharapkan jika mereka memenuhi atau menjangkau standard kecemerlangan yang anda tetapkan bersama mereka. Pastikan anda jelas tentang ganjaran yang mungkin diberi jika matlamat tercapai. Dalam kata lain, maklumkan kepada pekerja apa yang boleh mereka harapkan, maka mereka pasti akan berjaya melebihi  ekspektasi anda. Sudah tentu, belanjanya kurang bagi organisasi jika pekerja tidak dapat memenuhi ekspektasi anda kerana anda dapat berjimat dengan tidak memberi ganjaran. Akan tetapi, pengurus paling bestari tahu bahawa kejayaan, sungguhpun melibatkan perbelanjaan lebih akan membawa kepada kejayaan dan motivasi yang jauh lebih tinggi di kalangan pekerja.

Apabila pekerja mencapai sasaran dan memenuhi standard yang anda tetaplan untuk mereka, berilah ganjaran dengan serta merta. Jangan tangguhkan. Dengan cara ini, anda membantu pekerja mengaitkan terus ganjaran dengan tingkah laku dan prestasi tinggi yang mereka capai.

Jangan janjikan apa-apa tanpa rancangan untuk menunaikannya. Sekiranya itu berlaku, mesej yang disampaikan kepada pekerja ialah anda tidak boleh dipercayai dan anda sebenarrnya tidak percaya kepada mereka. Sebaliknya, jangan jadikan ganjaran alasan utama bagi prestasi pekerja. Apa yang anda mahukan pekerja tahu ialah ganjaran merupakan penghargaan kerja baik dan bukan matlamat membuat kerja.

Bayangkan orang di belakang prestasi kerja. Ganjaran dan penghargaan perlu sepadan dengan pencapaian dan juga pekerja. Jika anda mahu memberi ganjaran kepada telejurujual, misalnya dia mungkin lebih suka cuti hujung minggu termasuk makanan dan tempat tinggal. Akan tetapi  jika anda memberi ganjaran kepada jurujual kembara, hadiah seperti itu tidak menggembirakannya kerana dia terpaksa meluangkan banyak masa di hotel dan restoran.

Berikut ialah beberapa bentuk pengukuhan positif yang tidak mahal tetapi membantu memberitahu pekerja bahawa anda ingin memberi penghargaan dan ganjaran kepada mereka :

a) Bina autonomi yang lebih : Ini memberithu pekerja bahawa anda percaya mereka berupaya membuat keputusan yang mempengaruhi kerja mereka. Ini juga memberi semangat kerana mereka berasa diberi tanggungjawab tambahan.

b) Tambah darjah pendedahan dalam organisasi : Hantar e-mel atau memo kepada semua orang untuk memberi penghargaan di khalayak ramai tentang kerja baik pekerja. Apabila anda menambah darjah pendedahan pekerja yang membuat kerja dengan baik, anda memperkukuhkan kerja baik itu dengan pujian dan penghargaan anda. Sekiranya peruntukkan kewangan mengizinkan, satu lagi cara untuk menghargai kerja baik ialah dengan memberi pekerja itu sumber tambahan seperti sistem komputer baru, perisian, pembantu atau wang untuk buku dan seminar.

c) Pamerkan kejayaan : Mempamerkan kejayaan bermakna memberi penghargaan istimewa seperti sijil berbingkai atau plak terukir atau piala. Kadangkala pengurus suka mempamerkan kejayaan setiap suku tahun dengan hadiah Bikin serupa Cakap atau sijil hadiah bagi pasukan. Ada juga pengurus yang membearkan pekerja sendiri mempamerkan usaha kuat dan pencapaian istimewa dengan meminta mereka membentangkan kajian kes khas di persidangan pengurusan atau mesyuarat kepimpinan taraf tinggi.

Dua perkara yang diingini lebih daripada seks dan wang...penghargaan dan pujian
- Mary Kay, Pengasas Mary Kay Cosmetics

Wallahu a’lam

Bagaimana memotivasikan setiap pekerja
Anne Bruce, 2005

No comments:

Post a Comment