Friday, April 5, 2013

Berlaku adil


Permata  98 :

Daripada Nu’man bin Basyir ra berkata bahawa rasulullah saw bersabda: Hendaklah kamu berlaku adil antara anak-anakmu, hendaklah kamu berlaku adil antara anak-anakmu, hendaklah kamu berlaku adil antara anak-anakmu. ( Riwayat al-Bukhari, Abu Daud, al-Nasaie dan Ahmad)

Mutiara hikmah :

a) Anak lebih berharga daripada kekayaan, akhlak lebih agung daripada kedudukan, semangat lebih tinggi pengalaman sedangkan takwa lebih mulia daripada kemuliaan.

b) Setiap orang adalah pemimpin di dalam rumahnya yang tidak dapat dianggap remeh oleh seorang pun, tidak boleh dihalangi oleh sesiapa pun, tidak boleh ditekan oleh seorang diktator mana pun dan tidak pula boleh ditolak oleh orang yang kedekut.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

No comments:

Post a Comment