Beliau tidak mengunyah makanan tetapi direndamnya dalam air dan menelannya.
Apabila ditanya kenapa beliau berbuat begitu, beliau menjawab : Untuk menjimatkan masa kerana masa itu saya
gunakan membaca ayat-ayat Quran.
Daud Al-Ta’i tidak mengalih bekas airnya dari cahaya matahari itu akan
membuang masanya dengan meminum air
sejuk maka dengan itu membuang masanya untuk mengenang Allah.

Beliau ditanya: Tuan, kenapa tuan
tidak sikat janggut. Beliau menjawab: Saya
tidak ada masa menyikat janggut kerana masaku penuh dengan mengenang Allah.
Apabila beliau dipinta memberi nasihat, beliau berkata: Jauhkan diri dari ahli-ahli dunia dan ketahuilah sia-sia berbual kosong dan
sia-sia juga melihat perkara-perkara yang tidak diperlui.
Apabila beliau membasuh pakaiannya, beliau berkata: Sekiranya aku dapat membasuh hatiku seperti ini.
Wallahu a’lam
Tazkiratul Auliya
Syekh Fariduddin Attar
No comments:
Post a Comment