Wednesday, April 17, 2013

Pujuklah pekerja supaya mereka menyokong idea anda – dan idea sendiri


Semarak 11
vs jangan bimbang tentang pesrsetujuan pekerja

Semakin banyak input yang diberi oleh pekerja tentang kerja yang dilakukannya, semakin besar kemungkinan pekerja itu menyokong idea anda tentang bagaimana hendak membuat kerja dengan baik. Apabila mereka tahu anda benar-benar memberi perhatian kepada prestasi mereka dan sanggup mendengar odea penambahbaikan, mereka dimotivasikan untuk menerima cadangan anda juga.

Sokongan ialah istilah yang digunakan oleh setiap pengurus dari semasa ke semasa tetapi dengn maksud yang berlainan. Jika anda menyangka bahawa mendapat sokongan pekerja untuk program tertentu bermakna memaksa mereka supaya menerima program itu, anda pasti akan menghadapi masalah. Pekerja benar-benar menyokong apabila mereka membuat keputusan untuk melaburkan keupayaan dan tenaga mereka, seolah-olah mereka pemilik perniagaan yang sedang membuat pelaburan kewanga dalam suatu usahasama. Oleh itu, berilah peluang penglibatan kepada pekerja. Jika anda berbuat demikian, mereka akan dimotivasikan untuk menyokong standard prestasi yang lebih tinggi di setiap tahap. Berikut ialah cara lain yang boleh anda pertimbangkan :

a) Beri kepada pekerja peranan meningkatkan standard atau prestasi tempat kerja : Apabila anda melibatkan pekerja dalam meningkatkan standard atau tahap prestasi tempat bekerja, mereka ingin sekali berkongsi idea dan cadangan bagi menambahbaik proses. Ingatlah bahawa kebanyakkan pekerja mempunyai keinginan kuat untuk memainkan peranan dalam meningkatkan ekspektasi prestasi sendiri dan apabila dibenarkan berbuat demian mereka akan meletak tahap mutu jauh lebih tinggi daripada yang anda harapkan. 

b) Dokumenkan segala yang dipersetujui antara anda dengan pekerja : Sediakan  yang dipersetujui antara anda dengan pekerja. Ingatlah, anda mahukan pekerja anda terus menjangkaukan diri tetapi anda mahu juga memastikan mereka mencapai matlamat mereka. Inilah cara untuk memastikan pekerja tetap bermotivasi tingg. Kemudian pastikan anda khusus tentang apa yang sebenarnya diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut, di setiap bidang  atau fungsi kerja. Dokumenkan dan berikan salinan ekspektasi ini kepada setiap pekerja. Pada revisi prestasi pekerja atau apabila projek tamat, dokumen ini boleh digunakan sebagai asas bagi anda dan pekerja membincangkan dan menilai pencapaian. Ingatlah perkara yang dinilai ialah perkara yang pekerja dimotivasikan untuk membuat.

c) Rancangkan pelan tindakan dan teruskan : Sebaik sahaja standard ditentukan, semaklah khusus kerja setiap orang. Kenal pasti dan bincangkan bidang kemahiran serta kelayakan setiap orang. Rancangkan pelan tindakan dan tugaskan kerja berdasarkan pengalaman dan tahap ketrampilan setiap pekerja. Kemudian beritahu stiap pekerja bahawa sebaik sahaja mereka memulakan projek dan memperoleh wawasan tentang selok belok kerja, anda rela menyemak ekspektasi mengikut keperluan. Pastikan bahawa matlamat mencabar tetapi realistik. Sekarang, teruskan tetapi luangkan masa untuk memerhati dan membuat tindakan susulan. Jangan tunggu hingga tamat projek untuk memantau pekerja. Tindakan susulan ialah cara penting bagi anda memberi maklum balas yang diperlukan tentang prestasi kerja semasa tugasan. Tindakan susulan juga merupakan cara yang baik bagi menunjukkan bahawa tugas anda sebagai pengurus ialah untuk membantu setiap pekerja mencapai kejayaan – mengukuhkan motivasi mereka untuk bekerja kuat.

Setiap pengurus tahu menghitung tetapi pengurus bestari tahu apa yang perlu diperhitungkan.

Wallahu a’lam

Bagaimana memotivasikan setiap pekerja
Anne Bruce, 2005

No comments:

Post a Comment