Sunday, April 21, 2013

Berikan kuasa anda


Semarak 16
vs simpan kuasa anda

Biarlah orang anda berasa mereka berkuasa. Jika anda inginkan mereka bersemangat, bersedialah memberikan kuasa anda.

Sebelum pengupayaan menjadi istilah pengurusan, pengurus bestari telah biasa dengan prinsip asas : apabila pekerja berasa kuat, yakin dan berupaya, daya pencapaian mereka meningkat. Pengurus ini juga tahu apabila pekerja berasa tidak dihargai atau tidak penting kepada operasi keseluruhan dan apabila mereka kekurangan tanggungjawab dan kuasa, mereka biasanya bekerja di bawah ekspektasi pihak pengurusan. Mereka juga banyak merungut.

Inilah sebab mengapa pengurus yang memotivasikan kerapkali memberikan kuasa mereka. Sudah tentu keadaan ini luar biasa dan banyak pengurus enggan berbuat demikian kerana mereka suka memegang kuasa. Fikirkan sejurus. Anda tidak menjadi pengurus untuk berpegang kepada kuasa. Kuasa hanya sumber – cara untuk mencapai sesuatu. Tanggungjawab anda sebagai pengurus yang memotivasikan ialah menggunakan kuasa bagi mencapai hasil dan membantu pekerja bertugas dengan lebih baik. Jadi, jika memberikan kuasa dapat menambahbaik prestasi, itulah yang patut anda lakukan.

Apabila anda memberikan kuasa, anda membenarkan pekerja berkongsi tanggungjawab dan kuasa. Mereka mendapat motivasi yang lebih kuat dalam kerja, dan lama kelamaan anda dapat membebaskan diri daripada beban menggunakan rotan, lobak atau kuasa ekstrinsik yang lain untuk cuba mempengaruhi mereka dan tingkah laku mereka. Berikut ialah pelajaran tambahan bagi mencapai matlamat yang sama.

a) Bantu pekerja menerima tanggungjawab bagi motivasi : Apabila pekerja bergantung kepada diri sendiri untuk kekal dimotivasikan daripada bergantung kepada orang lain, mereka menerima tanggungjawab kendiri. Apabila mereka menerima tanggungjawab bagi diri sendiri, mereka memahami bahawa mereka juga bertanggungjawab terhadap kejayaan sendiri. Untuk menggalakkan tanggungjawab kendiri bagi manusia, berikalah pekerja tanggungjawab tanpa syarat dan kuasa untuk mencapai tugasan atau projek tertentu. Ini akan dapat membebaskan tenaga dan motivasi yang kuat pada diri pekerja. Ingatlah pemusnah motivasi yang terburuk ialah menugaskan tanggungjawab kepada seseorang dan kemudian mengarah orang itu bagaimana hendak melakukan tugasan itu. Pengurus terbaik tidak mebuat kesilapan ini.

b) Biarlah pekerja mengambil kuasa : Pengurus  bestari memahami pentingnya membebaskan kuasa dalam diri setiap pekerja supaya dia dapat membuat kerja terbaik. Apabila pekerja mengambil kuasa anda sebenarnya memberi mereka kuasa dan tanggungjawab untuk membuat kerja dengan cekap dan berkesan. Manusia mempunyai kuasa telah lama menjadi prinsip pembuat seluar jeans, Levi Strauss & Co., dan prinsip inilah yang membantu melestarikan syarikat pada zaman seluar berumbai tahuan 60-an dan zaman seluar bell-bottom tahun 70-an, hinggalah zaman rekaan semula seluar jeans pada awal abad ke-21.

c) Takrifkan semula peranan anda sebagai pengurus : Untuk melakukan ini, bermula dengan memperbesarkan bulatan pengaruh setiap pekerja. Kemudian, tambah kuasa tandatangan di mana boleh. Jangan benarkan pekerja berasa terkongkong oleh gelaran atau jawatan mereka. Semua pekerja adalah pemimpin. Peluas takrifan kerja untuk memperluas kreativiti dan autonomi. Hapuskan peraturan dan dasar pekerja yang kurang berkesan. Sentiasa sokong pertimbangan baik dan akal budi. Ingatlah buku panduan pekerja Nordstrom, yang menyatakan : Peraturan #1 : Gunakan pertimbangan baik anda dalam semua situasi. Tiada peraturan lain.

Jika ada mahukan orang membuat kerja yang baik, berilah orang itu kerja baik untuk dibuat.
- Frederick Herzberg, ahli teori pengurusan

Wallahu a’lam

Bagaimana memotivasikan setiap pekerja
Anne Bruce, 2005

No comments:

Post a Comment