Thursday, April 11, 2013

Sikap terhadap musuh


Permata 1

Daripada Abu Hurairah ra bahawa nabi saw bersabda: Bencilah musuhmu itu sekadar sederhana sahaja, mana tahu barangkali dia akan menjadi kesayanganmu pada suatu ketika di hari yang lain. ( Riwayat al-Tirmizi dan al-Baihaqi )

Mutiara Hikmah :

a) Syihabuddin al-Qarafi berkata : Sesungguhnya terdapat janji setia daripada golongan zimmi yang mewajibkan beberapa hak yang mesti dijaga, kerana mereka hidup di dalam lindungan kita serta berada dalam naungan Allah swt dan rasulNya serta di bawah naungan Islam.

b) Adakah anda menginginkan kebahagiaan yang sesungguhnya? Tidak perlu dicari jauh-jauh kerana kebahagiaan sejati itu ada dalam diri sendiri, ada dalam fikiran yang inovatif, ada dalam khayalan yang indah, ada dalam kemahuan yang optimistik dan ada dalam bayang yang selalu mengobarkan kebaikan.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 

No comments:

Post a Comment