Sunday, April 21, 2013

Kepentingan berdoa


Permata 19

Qutaibah bin Sa’id menceritakan kepada kami berkata, al-Laith menceritakan kepada kami, daripada Yazid bin Abi Habib menceritakan kepada kami, daripada Abi al-Khair daripada Abdullah bin Amru daripada Abu Bakar al-Siddiq ra bahawa sesungguhnya dia bertanya kepada rasulullah saw, : Ajarkanlahku doa yang aku boleh berdoa dengannya dalam solatku. Sabda nabi saw : Katakanlah, Ya Allah, sesungguhnya aku menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak dan tiadalah yang boleh mengampunkan segala dosa kecualiMu maka ampunlah dosaku dengan keampunan dari sisiMu dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Mengasihani. (Riwayat al-Bukhari )

Mutiara hikmah :
 
a) Imam al-Bukhari mewasiatkan : Berdoalah apa sahaja kepada Allah, kerana ia merupakan kekuatan orang yang beriman. Selain itu, doa adalah hadiah istimewa daripada Allah SWT kepada umat Muhammad saw.

b) Doa adalah paling mujarab bagi membanteras kegelisahan dan memberi ketabahan serta percaya kepada diri sendiri.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 

No comments:

Post a Comment