Saturday, May 19, 2012

Tiang seri

Tiang seri di tengah rumahku
kukuh dan ampuh
asalnya dari belantara
susah payah ditegakkan di situ
oleh generasi terdahulu
pesan dari moyang
tiang ini kebanggaan
tiang ini ádalah akar diri
keturunan kita
ku amanahkan kalian menjaganya
kerana bangsa yang bermaruah
adalah bangsa yang menjaga budayanya
dan menjaga peradapan bangsanya.

Tiang seri di tengah rumahku
tetiba rebah menyembah bumi

sedang semua mendakwa
menjaga dan memerhati
lantas mula menyalahi.

Tiang seri itu hilang serinya
akhirnya  rebah ke bumi
dimakan anai-anai.



Asmira Suhadis, Hulu Langat
BM 20 Mei 2012

No comments:

Post a Comment