Sunday, May 20, 2012

BerTuhanlah menghadapi tekanan

Tekanan dari sudut kerohanian menegaskan bahawa sesuatu tekanan yang dirasai perlu dilihat secara yang lebih luas dan suci.

Tekanan adalah merupakan satu peluang bagi  menilai dirinya – kekuatan dan kelemahan – yang mana masalah yang dihadapi mungkin dapat membuka peluang-peluang baru kepadanya di saat-saat menghadapi kepayahan.Apa yang harus ingat ialah di mana ada masalah di situ ada peluang.Mungkin di sebalik  masalah tekanan yang dihadapi terdapat mutiara-mutiara rahmat.

Rahmat  Tuhan mencurah-curah. Rezeki Tuhan tidak sesuai dinilai dari segi angka  atau  numerical value  atau dari segi kebendaan wang ringgit sahaja. Rezeki Tuhan adalah meliputi segala-galanya yang kita nikmati. Sihat senang adalah sebahagian daripada rezeki yang dikurniakan Tuhan.Cuba kalau kita sakit, banyak wang yang perlu dikeluarkan untuk mengubati sakit kita.

Kebahagiaan rumahtangga juga rezeki Tuhan dan Tuhan berhak membuat ketentuan. Masalah tekanan yang dihadapi adalah satu tanggungjawab yang perlu diterima sebagai hamba Tuhan yang terpaksa menerima pelbagai ujian dan cabaran serta penebus dosa di dunia.

Masalah tekanan adalah sebahagian daripada kurikulum hidup.Manusia akan menghadapi pelbagai liku hidup dan ini akan lebih mematangkan seseorang. Dia akan lebih prihatin, bersabar serta lebih memahami sesuatu kedudukan. Guru yang paling berkesan yang mengajar manusia erti hidup ialah seorang guru yang bernama masalah.

Di sebalik masalah itu ada sesuatu matlamat yang boleh dicapai. Masalah adalah sebahagian daripada sesuatu matlamat yang hendak dicapai. Sesuatu matlamat tidak mungkin tercapai tanpa bersua dengan masalah.

Tidak ada jalan pintas menuju matlamat melainkan pasti bersua dengan masalah. Dan matlamat itu juga wujud kerana adanya masalah yang perlu diatasi.Mudah-mudahan masalah memberikan kefahaman pada maksud yang tersirat. Kehendak milik mutlakNya.

Wallahu'alam.

( Abdul Halim Hj Hassan )




Ya Allah, ampunilah dia. Angkatlah darjatnya bersama-sama orang-orang yang mendapat petunjuk, lahirkanlah penggantinya bagi orang-orang yang ditinggalkan sesudah kewafatannya. Ampunilah kami dan dia, wahai Tuhan seluruh alam. Perluaskanlah kuburnya dan berilah cahaya penerang di dalamnya....ameen Ya Rabb.

Jabatan Forensik HPZ2
8.50 am

No comments:

Post a Comment