Monday, May 21, 2012

Latihan awal

Ramadhan datang lagi.Pelbagai ibadah dilakukan. Namun tiada perubahan.Mengapa?. Diri tidak kecukupan ilmu rupanya. Lantas kurang persediaan untuk meraih keberkatan Ramadhan. Diri gagal menikmatinya lantaran kurangnya maklumat dan penghayatan mengenainya.

Kita seharusnya berpuasa di bulan ini kerana ia adalah benar-benar bulan yang sepatutnya kita berpuasa. Diri harus merindui bersangatan pada kedatangan Ramadhan dari sekarang. Rajab bulan menanam benih. Sya’ban adalah bulan menyiraminya dan hasilan dipetik pada Ramadhan.  Bersedialah menyambut Ramadhan menerusi latihan awal iaitu :

1. Taubat

Memperbaharui taubat kita – berlatih untuk cuba melakukan taubat kita supaya sempurna. Taubat adalah amalan seumur hidup. Setiap orang perlu bertaubat. Hati kita telah menjadi seperti kurap (tompok hitam)  kerana dosa-dosa kita. Kita perlu membersihkan hati kita. Membuang segala kotoran dan bertaubat kepada Allah swt atas dosa-dosa kita.

Seorang sahabat berkata kepada pengikutnya, kamu berbuat dosa dan kamu menganggapnya lebih kecil dari seurat rambut, sedangkan di zaman nabi kita menganggap dosa itu sebagai besar dan membinasakan.

Bertaubatlah daripada :

a)      Menyalahgunakan lidah.
Rasulullah saw pernah berdoa : Aku memohon perlindungan dengan Engkau daripada kejahatan lidahku. Rasulullah saw juga berkata : Engkau sepatutnya lebih malu kepada Allah swt daripada orang yang paling bertakwa di dalam masyarakat kamu.

b)      Mengumpat.
Ini adalah apabila kamu bercakap tentang seseorang di belakang mereka, apabila mereka tidak menyukainya, walaupun apa yang dikatakan adalah benar.

Fitnah
Apabila kamu bercakap yang tidak benar mengenai seseorang.


c)      Bohong
Walaupun menokok tambah cerita  semasa bercakap. Tiada tipu sunat dalam Islam. Penipuan tetap penipuan. Cuma terdapat 3 keadaan yang membolehkan penipuan :

i.                     Semasa peperangan
ii.                   Untuk kedamaian di antara suami isteri seperti apabila isteri bertanyakan tentang masakannya kepada suami, maka suami hendaklah berkata sedap hanya semata-mata untuk menjaga hubungan harmoni rumah tangga mereka walaupun suami tidak menyukai masakan tersebut.
iii.                  Untuk kebaikan di antara dua orang muslim.


d)      Mengumpat (gossip), tidak menghormati, mencaci dan pertuturan buruk. Pertuturan buruk adalah apa yang dituturkan dan bagaimana ia dituturkan dan kamu akan dipertanggungjawabkan ke atas kedua-duanya/ Kedua-duanya dimurkai oleh Allah swt.

e)      Menyalahguna telefon
Rasulullah saw bersabda : Allah membenci 3 perkara terhadap hambaNya, bergosip (sipolan berkata begitu....si polan berkata begini), membazir wang dan terlalu banyak bertanya.

f)        Dosa daripada hati yang boleh ditunjukkan kepada Allah swt dan orang-orang muslim yang lain.

g)      Riak (menunjuk-nunjuk / besar diri), memuji / berbuat baik kepada orang lain selain daripada kerana Allah swt.

h)      Ujoob – perasaan bangga dan yakin akan kesempurnaan pada diri sendiri, tidak pernah berubah. Ini adalah sifat memuji diri sendiri.

i)        Kibr – bongkak, merasai dirinya lebih baik daripada orang lain.

j)        Hasad dan dengki / benci – hukumnya adalah haram bagi seseorang yang mempunyai sifat dengki / busuk hati / benci terhadap orang muslim yang lain.

Kita juga haruslah bertaubat kerana kurangnya sifat malu. Waktu selalu disia-siakan dengan perkara-perkara yang bodoh seperti panggilan telefon yang tidak diperlukan, membeli belah, menonton tv juga daripada cuba memuaskan seseorang lantas mengenepikan Allah swt.

Ingatlah semasa bertaubat, tiada dosa yang paling besar yang tidak diampunkan Allah swt.
Wallahu’alam.

(Meraih keberkatan Ramadhan, Umm Irfan)

No comments:

Post a Comment