Wednesday, May 23, 2012

Agenda hidup

Dari manakah datangnya kekuatan dan kehebatan bangsa-bangsa di Timur dan di Barat ini?. Renungilah ingatan Allah swt kepada kita semua:

Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman
 di antara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu
pengetahuan – beberapa darjat lebih tinggi.

( Al –Mujadalah : 11)


Kemenangan Negara dan bangsa Jepun dalam segenap persaingan perdagangan dan perindustrian adalah berakar punca daripada tekad dan komitmen seluruh warga pendidik dan anak-anak mudanya menyertai arus perdana, menyelusuri aliran pencarian ilmu dan maklumat sehingga negara itu mempunyai kadar celik huruf, kadar celik kira, kadar celik sains, kadar celik teknologi yang tertinggi di dunia. Tiga puluh peratus anak muda Jepun berada di pusat-pusat pengajian tinggi dalam setiap sejuta penduduknya. 3,548 orang adalah saintis dan jurutera ( berbanding dengan 99 saintis dan jurutera persejuta penduduk Asia ).

Apakah agenda kita, anak-anak yang tidak mempunyai pilihan lain kecuali menyonsong arus kebangunan manusia sejagat abad ke 21?. Apakah kita akan berupaya mengemudi dan menentukan arah haluan arus kebangunan itu?, Ataukah  kita akan terlantun dan tercempera hanyut ditempuhi arus deras sekaligus menjadi makanan dan sajian nafsu lahap bangsa-bangsa maju abad ke 21?.

Apakah Allah swt akan menyelamatkan kita?. Apakah para malaikat Allah akan mendukung kita dan menabalkan kita di atas singgahsana kerajaan di langit dan di kerajaan dunia?.Apakah dengan doa semata akan mengeluarkan kita semua daripada belenggu kejahilan, lingkaran kemiskinan, jurang kemunduran, wabak perpecahan, pasungan penjajahan dan derita dayus daya juang kita ini?

Sesungguhnya Allah tidak mengubah  apa yang ada pada sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.

(Ar Ra’d : 11)

Wallahu'alam.

( GPMS; 1994 )

No comments:

Post a Comment