Tuesday, February 17, 2015

Teknik THRILD

THRILD ialah akronim kepada
T : Title (Tajuk)
H: Heading (Tajuk kecil)
R: Read (Baca & ringkaskan perenggan pertama)
I: Illustrations (Ilustrasi)
L: Last paragraph (Baca & ringkaskan perenggan akhir)
D: Discussion (Bincangkan soalan)

THRILD ialah teknik yang digunakan pada setiap bab dalam teks, sebelum pembacaan sebenar berlaku. THRILD ialah teknik prabavaan (sebelum bacaan secara mendalam) yang menyediakan kerangka pemikiran kepada maklumat baharu. Teknik ini bertindak sebagai penyusun bab, mengaktifkan pengetahuan sedia ada dan menyediakan konteks kepada perkara yang hendak dibaca.

Langkah-langkah dalam teknik THRILD
1) Imbas bab & tulis tajuk & semua subtajuk
2) Baca perenggan pendahuluan atau pegenalan & rumuskan maklumatnya
3) Baca perenggan akhir dan rumuskan maklumatnya
4) Catat kata kunci & rangkai kata tentang idea utama setiap perenggan
5) Imbas soalan perbincangan (soalan yang disertakan pada hujung bab)
6) Pilih tiga daripada soalan tentang perkara yang ingin diketahui lebih lanjut oleh pembaca.

Wallahu ’alam.

Buku Panduan Guru Literasi Bacaan PISA
KPM, 2014.

No comments:

Post a Comment