Thursday, February 12, 2015

Menangani penyoal


1. Suka menunjuk
- Elakkan daripada memalukan si penyoal

2. Pengacau
- Bertenang. Akui komen atau pendapat yang bernas dan tolak yang tidak betul

3. Meracau
- Penyoal jenis inimenyoal apa-apa sahaja. Ucapkan terima kasih dan tegaskan semula perkara utama yang telah disentuh.

4. Musuh
- Pertembungan peribadi boleh berlaku dalam kalangan khalayak. Tekankan titik persamaan dalam pendapat yang dikemukakan.

5. Penyangkal
- Sentiasa mahu menafikan kenyataan. Kemukan komen kepada khalayak. Biar khalayak memberi komen mereka pula terhadap komen si penyangkal.

6. Pengelincir
- Mengemukan sesuatu yang di luar tajuk. Beritahu persoalan sebenar.

7. Tukang bisik
- Suka berbincang sesama sendiri dalam kumpulan kecil. Kemukakan soalan atau kenyataan kepada individu dalam kumpulan dengan menyebut namanya. Jangan memalukan mereka.

8. Pendiam
- Berat mulut dan tidak mahu bercakap. Kemukan soalan yang provokatif. Puji mereka jika mereka mengemukakan pendapat yang bernas.

Bagaimana jika tidak mendapat soalan. Anda boleh memulakan dengan berkata: Ini merupakan soalan yang kerap dikemukakan, iaitu....,Kemudian cuba jawab soalan itu. Mungkin daripada soalan itu, khalayak akan terangsang, untuk menyoal. Elakkan daripada mengemukakan soalan : Adakah saya telah menjawab soalan anda? Mungkin ini akan mengundang masalah kepada anda. Perkara penting yang perlu diberikan perhatian ialah bersikap adil kepada khalayak. Jangan hanya melayan seorang atau beberapa orang. Berikan peluang kepada sebanyak mungkin khalayak untuk mengemukakan soalan. Sebelum anda menamatkan sesi soal jawab, rakamkan ucapan terima kasih kepada peserta.

Wallahu a’lam.

Jeniri Amir
Berucap seperti pemimpin terbilang
2008

No comments:

Post a Comment