Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Arhamarrahimin.
Ya Allah, Tuhan kami! Jadikanlah
sebaik-baik amalan kami yang penghabisan daripadanya dan jadikanlah juga
sebaik-baik hari-hari kami ialah hari pertemuan denganMu, sesungguhnya Engkau
berkuasa terhadap segala sesuatu. Tuhan kami! Lengkapkanlah cahaya kami dan
ampunilah segala dosa-dosa kami.Tuan kami! Kami mempercayai semua yang Engkau turunkan
dari perkara-perkara syariat dan kami mengikuti rasul, yakni utusanMu, maka
catatkanlah kami dari golongan orang-orang yang bersaksi.
Ya Allah, Tuhan kami! Ampunilah
dosa apa yang sudah kami dahulukan dan dosa apa yang kami kemudiankan, dan dosa
apa yang telah kami lakukannya secara terang-terangan dan tentulah semua itu
Engkau lebih Maha Mengetahui daripada kami.
Ya Allah, Tuhan kami! Tunjukilah
kami yang benar itu sebagai kebenaran dan bimbinglah kami untuk mengikutinya.
Dan tunjukilah kami yang batil itu sebagai kebatilan dan elakkanlah kami supaya
menjauhinya, wahai Tuhan yang Maha Pembelas dari sekalian orang yang pembelas.
Ya Allah, Tuhan kami! Lembutilah
kami pada mempermudahkan segala yang susah, kerana sesungguhnya mempermudahkan
segala yang susah dan berat itu adalah mudah sahaja buatMu.
Ya Allah Tuhan kami!
Permudahkanlah bagi kami semua urusan kami dengan segala ketenangan buat hati
kami dan jasad kami, serta selamat dan afiat dalam agama kami dan akhirat kami.

Ya Allah, Tuhan kami! Sesungguhnya
aku memohonMu keimanan yang sempurna, hati yang khusyu’, cahaya yang cemerlang,
ilmu yang bermanfaat, yakin yang benar, rezeki yang halal lagi lapang dan
sembuh dari segala penyakit. Dan aku memohon kecukupan sehingga tidak perlu
kepada manusia.
Ya Allah, Tuhan kami! Jadikanlah
bermanfaat apa yang Engkau berikan pengajaran kepada kami, dan ajarilah kami
segala yang mendatangkan manfaat dari ilmu yang kami terima.
Ya Allah, Tuhan kami! Jadikanlah
kurniaMu terbentang buat kami dan seterusnya buat keluarga kami, anak-anak
kami, dan bantulah kami terhadap orang yang memusuhi kami. Dan berikanlah kami
jalan untuk mengambil balas terhadap sesiapa yang menganiaya kami, dan
janganlah biarkan kami bergantung kepada diri kami, ataupun kepada sesiapa pun
dari makhlukMu walaupun hanya sekelip mata atau kurang dari itu, malah
perbaikilah buat kami segala urusan kami.
Ya Allah, Tuhan kami! Sentiasalah
berpihak kepada kami, jangan berpihak (sebagai bebanan) ke atas kami dan
hadapkanlah wajahMu yang mulia itu kepada kami, serta realisasikan segala
cita-cita kami dengan menambah lagi apa yang kami minta, di samping sudahi ajal
kami dengan kebahagiaan.
Ya Allah, Tuhan kami!
Kumpulkanlah kami di Hazhirat QudsiMu (surga), dan gembirkanlah kami dengan
kelembutan kemesraanMu, dan jangan sekali-kali memutuskan perhubunganMu dengan
kami disebabkan kecuaian dalam hidup kami.

Ya Allah, Tuhan kami! Ampunilah
kami berserta ibu-bapa kami, guru-guru kami dan sekalian kaum muslimin dan
muslimat, mu’minin dan mu’minat, biar yang masih hidup di antara mereka mahupun
yang sudah mati. Semoga Allah mencucurkan selawat dan salam ke atas Penghulu kita
nabi Muhammad dan kepada keluarganya, para sahabatnya dengan sebaik-baik
selawat dan salam yang sebanyak-banyaknya dan segala pujian bagi Allah Tuhan
Semesta Alam.
Aameen.
Asy-Syeikh’Ali bin Abdul Rahman Al-Kalantani
Permata pemberian yang indah & menjaga segala hati yang lalai
2013
No comments:
Post a Comment