Tuesday, February 17, 2015

Jangan percaya



Jangan percaya kepada saudagar
kerana dia bukan saudara
tapi penjual kata
dan garam peluhmu
jangan percaya kepada bank
sebuah dunia pernah terjerumus
ke dalam rahangnya

jangan percaya
ceritanya
kerana kisah
hanya
sekarung kata-kata usang
dan rajah untung itu
kaulah yang membinanya.

Kuntum biru kembang lestari
Muhammad Haji Salleh
2013

No comments:

Post a Comment