Friday, February 6, 2015

Pahala Istiqamah


Pelajaran 54

Dikatakan bahwa ada dua macam istiqamah, lahiriyah dan batiniah. Istiqamah lahiriyah tercapai dengan melakukan semua perintah Allah dan menjauhi semua larangan-laranganNya, sedang istiqamah batiniah bererti iman dan kepercayaan yang teguh yang tidak tergoyahkan.

Ditanya saidina Abu Bakar tentang istiqamah, beliau berkata: Bahawa istiqamah itu ialah bahawa engkau tidak menyekutukan sesuatu dengan Allah dan saidina Umar ra berkata, ketika ditanya tentang istiqamah: Ialah bertegak melakukan perintah Allah dan menjauhi laranganNya tanpa berbelit-belit seperti ular. Saidina Usman berkata: Istiqamah adalah keikhlasan dalam iman dan ibadah. Saidina Ali berkata: Istiqamah ialah melakukan segala kewajiban.
(Ma’alimuttanzil)

Menurut Abullaits; Tanda orang beristiqamah ada 10 :

1. Menjaga lidahnya daripada mengumpat-umpat orang lain.
2. Menjauhkan diri dari prasangka.
3. Menjauhkan diri daripada mengejek-ejek
4. Menundukkan mata dari pandangan yang haram
5. Berkata benar dan adil
6. Bernafkah di jalan Allah
7. Tidak berperilaku membazir/boros
8. Tidak sombong dan mencari keunggulan untuk dirinya sendiri
9. Rajin melakukan solat lima waktu
10. Teguh berpegang kepada sunnah wal jamaah.
( Tanbihul-Ghafilin)

Berkata Abubakar Arrazi: Iman di dalam hati seorang mu’min seumpama pohon dengan tujuh dahan: Satu dahan bersambung kepada hatinya, berbuah kemauan dan kehendak yang sihat. Satu dahan bersambung kepada lidahnya berbuah kata-kata benar. Satu dahan bersambung kepada kedua kakinya berbuah perjalanan ke sembahyang jamaah. Satu dahan bersambung kepada kedua tangannya dan berbuah pengeluaran sedekah. Satu dahan bersambung kepada kedua matanya berbuah penglihatan pada hal-hal yang mengingat akan kebesaran Tuhan. Satu dahan bersambung kepada perutnya berbuah makan-makan halal. Dan satu dahan bersambung kepada nafsunya berbuah menjauhi syahwat.
(Rajabiah)

Berkata Yahya bin Muadz; Tanda-tanda orang yang beristiqamah: Ialah bertaat kepada Allah tanpa perantara, memberi nasehat kepada orang lain tanpa tama’, beribadah dengan hati takut dan beri’tibar dengan apa yang dilihat di dunia tanpa syahwat serta bertafakur dan ingat akan hari Qiamat tanpa lalai. Maka barangsiapa demikian keadaannya akan digembirakan pada waktu wafatnya dengan berita kemuliaan, kebahagiaan dan pendekatan kepada Allah SWT.

Wallahu ’alam

H.Salim Bahreisy
Bekal Juru Da’wah Jilid 2
Surabaya, 1977

No comments:

Post a Comment