Tuesday, February 24, 2015

Mendidik Bahagia

Petikan nota cinta daripada penulis

......syukur alhamdulillah, buku Mendidik Bahagia terhasil daripada rasa nikmat paling bahagia dididik semasa menjadi anak, bahagia mendidik sebagai ibu, guru, pendidik guru, pendidik masyarakat sehingga bergelar nenek.

Natijah daripada peranan dan pengalaman ini, nikmatnya masih subur terasa dalam minda dan jiwa. Inilah yang mahu dilimpahkan kepada anak-anak, ibu-ibu serta guru-guru yang masih berkesempatan melintasi padang pendidikan yang luas ini. Jikalau pendidik belum memiliki modal yang cukup akan merasakan suatu tugas yang mencuri kedamaian jiwa.

Nikmat bahagia mendidik terkubur dan anak yang dididik dirasakan sukar mengikut lenturan pendidiknya. Ini kerana ibu bapa lebih terhambat oleh tugas sehingga terlepas pandang bagi menambat hati anak-anak. Akhirnya, anak melentur karakter sendiri, meneroka sendiri, menambah pengetahuan dan mengayakan emosi serta naluri melalui laman-laman sesawang.

Ini terjadi kerana ibu bapa lebih tertumpu pada urusan fizikal anak-anak daripada urusan membentuk karakter anak. Oleh itu, terbinalah karakter yang bertentangan dengan keinginan ibu bapa dan tuntutan agama. Lalu, lahirlah anak kita sebagai rumput yang subur, kelihatan indah menghijau tetapi kaki terjejak di limpahan yang kotor........

Wallahu a’lam.

Dr. Robiah bt Kulop Hamzah
RKH Motivation & Services
Shah Alam Selangor, 2014

No comments:

Post a Comment