Wednesday, April 3, 2013

Kekuatan hakiki


Permata  92 :

Daripada Abu Hurairah ra berkata bahawa rasulullah saw bersabda: Bukanlah orang yang kuat itu dengan gagahnya bergusti tetapi sebenarnya orang yang gagah ialah yang dapat menahan nafsunya ketika marah. (Hadis muttafaq alaihi. Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Mutiara hikmah :

a) Jangan marah, sebab kemarahan hanya akan merosakkan keadaan jiwa, merubah perilaku, memburukkan pergaulan, merosakkan cinta dan memutuskan tali silaturahim.

b) Jangan marah, tetapi jika harus marah diamlah dan berlindunglah kepada Allah daripada syaitan. Ubahlah posisi kedudukan anda jika dalam keadaan berdiri hendaklah duduk, berwuduk dan banyakkan zikir.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

No comments:

Post a Comment