Monday, January 13, 2014

Senyuman


a) Senyum itu indah, salam itu mudah. Namun mengapa soal yang mudah menjadi payah? Kerana senyum dan salam kerja hati bukan kerja bibir dan lidah.

b) Jika kita senyum hanya apabila berasa gembira, hidup kita akan penuh nestapa….tetapi senyumlah untuk menggembirakan orang lain. Nescaya hidup kita akan ceria!

c) Senyumlah untuk mengembirakan orang lain. Jangan hanya senyum apabila orang lain menggembirakan kita. Jabir ra berkata, aku melihat rasulullah sentiasa tersenyum.

d) Senyumlah untuk mencipta kegembiraan. Jangan hanya menanti senyum untuk mencipta senyuman!

e) Senyumlah untuk gembira, bukan senyum hanya apabila gembira.

f) Senyum dan salam adalah budaya hidup dalam syurga. Penghuni syurga sentiasa tersenyum dan saling menberi dan menjawab salam sesama mereka. Jika kita ingin memasuki syurga di akhirat nanti, marilah amalkan cara hidup ahli syurga di dunia ini. Senyum dan sebarkan salam!

Wallahu alam.

Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013

No comments:

Post a Comment