a) Iman itu aman. Orang yang beriman akan berasa aman dalam
hatinya dan sentiasa memberi keamanan kepada orang lain. Lisan dan tindakan
yang baik, masih boleh dilakon-lakonkan, tetapi rasa aman yang bergetar dalam
jiwa tidak boleh diraih dengan cara berpura-pura.
b) Apabila memberi tidak menimbulkan kegembiraan lagi, itu
bermakna kasih sayang telah terjejas. Kasih sayang sesama manusia terjejas
apabila cinta kepada Allah (iman) terjejas. Iman itu berkadar terus dengan
kasih sayang. Apabila semakin kurang memberi, ertinya semakin berkurang kasih
saying dan semakin berkurang pula iman. Justeru, berhati-hati apabila hidup
kita tidak gembira lagi itu tandanya kita kurang memberi. Dan kita sukar
memberi apabila…..(kembali ke pangkal ayat pertama di atas).
c) Tanda ada iman, ada kasih sayang. Tanda ada kasih sayang,
ada kesabaran menghadapi kerenah insan!
d) Aku cintakan keamanan, tetapi aku lebih cintakan
kebenaran kerana siapa yang mencari kebenaran insya-Allah akan bertemu
keamanan. Iman itu kebenaran, dan iman adalah aman!
Wallahu alam.
Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut
rasa,2013
No comments:
Post a Comment