a) Tanpa iman, manusia tidak akan ada pendirian.Tanpa
pendirian, manusia akan menjadi hamba pada keadaan.
b) Tanda hati itu beriman adalah gembira dengan taat, sedih
dengan maksiat. Walaupun sekadar gembira itu soal rasa bukan boleh dipaksa akan
kehadirannya. Ia muncul tanpa dipanggil dan difikir.
c) Iman itu merubah keadaan, bukan sebaliknya. Sesungguhnya
apa yang berlaku dalam diri kita lebih penting daripada apa yang berlaku di
luar diri kita!. Sekiranya hati kita mudah berubah-ubah mengikut keadaan yang
sedang kita hadapi, bererti iman masih goyah; yang di luar masih kuat
mempengaruhi yang di dalam.
d) Iman itu diuji. Iman itu bahagia. Iman itu bahagia
apabila diuji. Bersedialah untuk diuji, dengan sentiasa menambah iman. Dengan
iman kita diuji dengan ujian kita menambah iman. Orang yang bahagia tidak
sempat bertanya, adakah aku bahagia, kerana sibuk menghadapi ujian. Mereka
hanya sempat bertanya, adakah aku sudah beriman, adakah aku beriman?. Jawabnya,
kembalilah pada ayat pertama…..
Ya Allah, didiklah
hati kami agar sentiasa serasi dengan perintah dan takdirMu
Wallahu alam.
Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut
rasa,2013
No comments:
Post a Comment