Kehidupan yang penuh aktiviti
rutin kadang-kadang menerbitkan rasa jenuh dan bosan pada diri seseorang. Oleh
itu, sekali-sekala seseorang perlu untuk berpergian (merantau) di bumi Allah
SWT yang luas ini agar dapat menyenangkan pandangan mata dengan pelbagai
pemandangan alam yang jauh dari tempat-tempat maksiat. Dengan demikian,
fikirannya menjadi segar semula dan hatinya berbunga sehingga dapat kembali
bekerja dan beribadah dengan penuh semangat.
Al-Hafiz al-Ramahurmuzi dalam
al-Muhaddis al-Fadil berkata: Sekiranya
orang yang mencela itu mengetahui kenikmatan yang diperolehi oleh para pencari
ilmu dengan bermusafir keluar dari tanah airnya dan bagaimana seluruh anggota
tubuh merasakan kelazatan ketika mereka melihat pelbagai perkampungan dan
kota-kota yang penuh dengan kemewahan berhiaskan kebun-kebun, taman-taman, dan
wajah-wajah riang penduduknya, menyaksikan pelbagai keajaiban dan keistimewaan
setiap negeri, perbezaan warna kulit dan bahasa, beristirehat di bawah bayangan
dinding ataupun di ladang, makan di masjid atau minum di lembah-lembah, tidur
ketika malam sudah tiba serta bersahabat dengan orang yang dicintainya tanpa
adanya kemarahan dan kepura-puraan.
Pengalaman ini akan menjadikan seseorang itu dapat memberitahu bahawa
seluruh kelazatan duniawi berhimpun di dalam keindahan pemandangan tersebut.
Justeru itu, pencapaian ilmu-ilmu yang dicari oleh penuntutnya merupakan
sesuatu yang membahagiakan, jauh lebih baik daripada musim semi, dan lebih
membahagiakan daripada harta karun emas tulen.
Wallahu alam.
Syeikh Mahmud Al-Misri
The Power of Smile
No comments:
Post a Comment