Seorang doktor hati bernama
Syaqiq al-Balkhi pernah bertanya kepada muridnya, Hatim al-Asham: Apa yang kamu perolehi dariku sejak berguru
kepadaku selama 30 tahun? Hatim al-Asham menjawab: Ada enam perkara yang aku pelajari :
1. Aku melihat ramai manusia
berada dalam keraguan berkenaan urusan rezeki. Mereka begitu kedekut terhadap
harta yang dimiliki dan rakus terhadap harta orang lain. Maka aku bertawakkal
kepada Allah, kerana Dia berfirman: Dan, tidak ada suatu binatang melata pun di
bumi, melainkan Allahlah yang memberi rezekinya….(Surah Hud:6)
Kerana aku termasuk haiwan melata, maka aku tidak menyibukkan hatiku
dengan apa yang telah dijamin oleh Tuhan Yang Maha Kuat dan Maha Kukuh.
2. Aku melihat ramai manusia mempunyai
teman sebagai tempat mengutarakan rahsia dan mengeluhkan urusan mereka.
Tetapi, teman tersebut ternyata tidak dapat menjaga rahsia dan tidak dapat
melawan had takdir. Maka, aku mengangkat amal solehku sebagai teman, agar ia
menjadi penolongku pada Hari Hisab, dan menguatkanku di hadapan Allah SWT,
serta menemaniku ketika aku melewati sirat.
3. Aku melihat setiap manusia memiliki musuh. Ternyata orang yang
mencaciku bukanlah musuhku, bukan pula orang yang zalim, ataupun orang, yang
berbuat buruk kepadaku. Sebab, kadang-kadang dia dapat memberikan petunjuk
dengan kebaikan-kebaikannya, sementara keburukanku telah memberatkan diriku. Sesungguhnya,
musuhku ialah ketika aku menjalankan ketaatan kepada Allah, dia mengajakku
untuk berbuat maksiat. Aku sedar ternyata dia adalah iblis dunia dan hawa
nafsu, maka aku menjadikan mereka sebagai musuh. Aku membentengi diri daripada
mereka. Aku membuat persiapan untuk melawan mereka dan aku tidak akan
membiarkan satu pun dari mereka mendekat kepadaku.
4. Aku melihat bahawa setiap makhluk hidup pasti dicari oleh Malaikat
Maut. Maka, aku melapangkan diriku untuk bertemu dengannya. Sehingga, ketika
dia datang, aku dapat pergi bersamanya tanpa ada rintangan.
5. Aku melihat manusia saling membenci dan mencinta, dan melihat orang
yang mencintai tidak memperolehi apa pun daripada kekasihnya. Maka, aku
merenungkan penyebab cinta dan benci. Lalu aku tahu bahawa sebabnya ialah
syahwat. Maka, aku pun membersihkannya dari diriku.
6. Aku melihat setiap orang yang memiliki tempat tinggal akan meninggalkan
tempat tinggalnya. Dan tempat kembali setiap orang yang memiliki tempat tinggal
ialah kubur. Maka, aku pun menyiapkan diriku dengan melakukan amal kebaikan
semampuku yang nantinya akan membahagiakanku di tempat baruku yang di
belakangnya ada surga dan neraka.
Syaqiq al-Balkhi kemudiannya berkata:
Cukup bagimu pelajaran itu dan amalkan
sampai kamu mati.
Wallahu alam.
Syeikh Mahmud Al-Misri
The Power of Smile
No comments:
Post a Comment