a) Guru ada dua : Pertama yang terserlah kepandaiannya.
Kedua, yang ingin memandaikan kita. Pilihlah guru yang ingin memandaikan kita.
Bagaimana mengenal antara kedua-duanya? Guru yang terserlah kepandaiannya….diri
terasa ingin menghargainya. Guru yang memandaikan pula….diri terasa dihargai
apabila bersamanya!
b) Kelawar tidak dapat melihat pada siang hari bukan kerana
tidak ada cahaya, tetapi kerana kelebihan cahaya. Begitulah ilmu pada diri yang
takbur cahayanya akan menyilaukan jiwa!
c) Guru yang baik membuat kita terasa kecil apabila melihat
keluasan ilmunya. Tetapi guru yang hebat membuat diri terasa besar apabila kita
dihargai dengan ketinggian akhlaknya!
Ya Allah, jadikan kami
hamba yang ‘amil (mengamalkan) setelah ‘alim (mengetahui) ilmuMu. Aameen.
Wallahu alam.
Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut
rasa,2013
No comments:
Post a Comment