a) Mari mujahadah hilangkan sifat hasad dengki, yakni ingin
melihat nikmat hilang daripada individu yang kita dengki. Hasad dengki itu sama
dengan mempertikaikan kebijaksanaan serta keadilan Allah dalam mengagihkan
nikmat kepada hambaNya.
b) Nikmat maksiat itu singkat, tetapi penyesalannya
berpanjangan. Sukarnya taat itu pedih tetapi kemanisannya berkekalan. Justeru
bermujahadalah, kita tidak akan kalah selagi tidak mengalah.
c) Apabila mampu melakukan ketaatan katakan; alhamdulillah. Apabila
terlanjur melakukan kejahatan ucapkan; astaghfirullah. Syukur dan taubat adalah
penawar kelelahan diri di jalan mujahadah!
d) Mengorbankan perasaan jauh lebih payah daripada
mengorbankan harta kerana pengorbanan perasaan satu takah dalam perjalanan
mengorbankan jiwa.
e) Tidak ada jalan pintas di lebuh raya kebenaran. Semua
insan perlu melaluinya dengan menanggung kesusahan. Itulah jalan yang dipilih
Allah bagi mendapat jannah. Syurga dipagari oleh kesusahan dan
penderitaan.CintaNya menagih pengorbanan.
Wallahu alam.
Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut
rasa,2013
No comments:
Post a Comment