a) Sesiapa yang mengaku sayang, meluah cinta harus bermuhasabah, sejauh mana
dia telah memberi; memberi perhatian, kemaafan, doa, pertolongan, masa dan
pengorbanan.
b) Cinta kita kepada kebenaran
mesti mengatasi cinta musuh kepada kebatilan. Dan jangan sampai kebencian kita
terhadap kemungkaran menyebabkan hilang rasa kasihan belas kita kepada
pelakunya. Dengan tusuk rasa kasihan, bukan kerana rasuk amuk kebencian! Bukan
dengan kekuatan diri kita, tetapi dengan bantuan Allah.
c) Sesiapa yang mencintai Allah,
dia akan mendapat kelebihan untuk mencintai orang lain. Dan sesiapa yang
mencintai orang lain, maka orang lain akan mencintainya. Ingat itu, cinta Allah
ialah modal kita untuk mencintai manusia. Justeru, iman dan kasih sayang sangat
sinonim hubungannya.
d) Cinta tidak semestinya
bertemu, kerana cinta itu membebaskan bukan membelenggu.
e) Dipercayai lebih utama
daripada dicintai. Berapa banyak perhubungan yang putus akibat hilangnya
kepercayaan. Dan berapa banyak cinta yang teguh utuh bermula daripada satu
kepercayaan. Islam meletakkan kepercayaan sebagai asas segala kecintaan. Tanpa
iman (kepercayaan), tidak akan ada kecintaan yang berkekalan.
Ya Allah, kami malu meminta syurgaMu dengan tangan yang berdosa dan
mengaku cinta dengan hati yang alpa….namun kami tetap mencintaiMu, walaupun
cinta itu sering terganggu. Aameen.
Wallahu alam.
Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut
rasa,2013
No comments:
Post a Comment