Saturday, January 4, 2014

Ilmu dan guru 1


a) Sudah sewajarnya semakin tinggi ilmu, harta, dan kuasa yang kita miliki maka semakin malu kita kepada Allah. Kita hanya peminjam.
 
b) Ilmu yang sebenar membawa takut kepada Allah. Jika tidak, itu sekadar maklumat. Bagi menukar maklumat kepada ilmu, ia memerlukan amal. Amal memerlukan mujahadah.

c) Ilmu utu cahaya, kejahilan itu kegelapan. Lebih baik mencari cahaya daripada terus mengutuk kegelapan. Ilmu itu jalan menuju iman. Mujahadah adalah langkah kita melaluinya. Sibukkan hari ini dengan menambah ilmu dan bermujahadah….jika tidak, kita akan turut memeluk jahiliah yang kita kutuk.

d) Seseorang dikira sampai ke tahap ilmu yang sempurna apabila dia terus belajar. Rasa tidak berilmu adalah sifat utama orang berilmu.

Wallahu alam.

Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013

No comments:

Post a Comment