g) Bahan bantu mengajar :
Tahap 1
|
Tahap 2
|
Tahap 3
|
Guru menggunakan papan putih
dan /atau projector untuk menjelaskan jonsep atau idea yang relevan dan
perkataan /lukisan yang digunakan adalah jelas.
|
Pengajaran guru mencapai Tahap
1 dan menggunakan bahan bantu mengajar tambahan yang relevan, jelas serta
menarik perhatian.
|
Pengajaran guru mencapai Tahap
2 dan sekurang-kurangnya satu BBM melibatkan interaksi murid (cth: menulis di
atas kertas, membuat eksperimen)
|
h) Pengetahuan kandungan:
Tahap 1
|
Tahap 2
|
Tahap 3
|
Guru menepati topic secara
umumnya, tetapi membuat kesilapan isi kandungan atau memperlihatkan keraguan
yang jelas dalam isi kandungan
|
Guru menepati topic pengajaran;
tidak membuat kesilapan kandungan; dan mempunyai semua pengetahuan kandungan
yang diperlukan oleh sukatan pelajaran untuk mengajar dengan berkesan
|
Pengajaran guru mencapaai Tahap
2 dan menggunakan pengetahuan kandungannya melangkaui sukatan pelajaran yang
membantu murid mencapai objektif pengajaran.
|
i) Penilaian secara lisan :
Tahap 1
|
Tahap 2
|
Tahap 3
|
Guru menyoal murid dengan
soalan yang relevan selari dengan keperluan objektif pembelajaran serta
berupaya mengenal pasti jawapan yang betul dan salah
|
Pengajaran guru mencapai Tahap
1 dan guru mengunakan soalan terbuka; berupaya memberi penjelasan kepada
jawapan salah; dan memberi pengukuhan positif untuk jawapan yang betul
|
Pengajaran guru mencapai Tahap
2 dan guru menyeimbangkan soalan dengan tahap keupayaan murid yang pelbagai.
|
Wallahu alam.
No comments:
Post a Comment