a) Cukuplah seseorang dianggap berdosa apabila dia tidak
berasa berdosa. Rasulullah saw yang tidak berdosa itu pun sentiasa rasa
berdosa….lalu taubat sentiasa menjadi basahan hidupnya.
b) Tidak perlu kata apa-apa, tidak perlu buat apa-apa,
raihlah pahala dan hindarilah dosa, hanya dengan diam!
c) Didiklah hati untuk berasa bahagia membuat kebaikan tanpa
diketahui oleh orang lain, boleh berdiam diri ketika menghadapi kritikan yang
tidak adil dan memberi maaf ketika mampu
untuk membalas.
d) Tidak mengapa jika lidahmu mengucapkan zikir tetapi hati
masih lalai, kerana sekurang-kurangnya lidah itu telah selamat daripada
mengucapkan sesuatu yang berdosa. Jika tidak mampu menjadi garam yang
memasinkan ikan, cukuplah jangan menjadi lalat yang membusukkannya.
Ya Allah, istighfar
kami memerlukan lebih banyak istighfar!
Wallahu alam.
Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut
rasa,2013
No comments:
Post a Comment