Monday, January 20, 2014

Cinta 3

a) Raihlah cinta Allah daripada telapak tangan hambaNya yang meminta. Penuhilah permintaan hambaNya yang melarat, nescaya cinta Allah semakin mendekat!.

b) Cinta perlu diperbaharui. Baharuilah cinta itu dengan kata-kata yang baik. Jangan bisu dan jangan tuli. Sentiasalah jadikan lidah menuturkan kata yang baik dan telinga sentiasa terbuka untuk mendengar.

c) Kita akan diuji melalui apa yang kita sayangi dan oleh apa yang selalu kita katakan.

d) Dua cinta tidak akan berkumpul dalam satu hati. Hanya satu cinta akan bertakhta dalam satu jiwa. Apabila cinta Allah terpinggir, maka terpinggir jugalah segala kebaikan dan kesuciannya. Maka tumbuh selepas itu ialah cinta selain Allah seiring suburnya segala kejahatan dan kekejian!

e) Merajuk pada yang kasih, merayu pada yang sudi. Siapa lagi akan terus kasih dan sudi mencintai ketika semuanya telah berpaling…kecuali Allah.

Wallahu alam.

Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013

No comments:

Post a Comment