a) Petanda ibadah diterima timbul kekuatan untuk terus
beramal. Petanda taubat diterima hilang keinginan untuk melakukan dosa. Petanda
doa dimakbulkan terpahat keyakinan yang kuat doa itu dimakbulkan.
b) Ibadah jangan sampai mencabut rasa berdosa, maksiat jangan sampai menyebabkan rasa putus asa.
c) Alangkah indahnya hari ini dimulakan dengan qiamullail,
solat Subuh berjemaah, kemudian hadir dalam majlis ilmu, zikir atau apa jua
amal soleh….atau setidak-tidaknya dengan memberi salam, senyum dan menyapa
mesra kepada sesiapa sahaja yang paling awal kita temui. Hari itu akan berjalan
lancar kerana…bagaimana muqaddimahnya begitulah nanti natijahnya.
d) Beribadahlah sehingga diri menjadi penat untuk melakukan
maksiat! Perangilah nafsu, musuh yang paling disukai dan dicintai oleh diri.
e) Orang beriman cuba
menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya sepertimana orang munafik cuba
menyembunyikan kejahatannya.
Wallahu alam.
Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut
rasa,2013
No comments:
Post a Comment