a) Cintailah Allah untuk mencintai orang lain. Hanya apabila
kita mencintai Allah barulah akan semarak cinta kita sesama manusia.
b) Hati yang tidak mencintai Allah akan sangat mencintai
dunia dan takut mati.
c) Cinta itu membahagiakan. Benar ia diuji, tetapi ujian
dalam bercinta selalunya seronok untuk dihadapi.
d) Cinta sejati pasti diuji. Ujian itu sakit dan pahit,
kerana itu ubat dan penawar yang paling mujarab.
e) Dua kalimah syahadah adalah bukti bahawa cinta kepada
Allah dan rasulullah saw tidak terpisah. Cinta Allah itu tujuan, cinta
rasulullah itu jalan. Tidak mungkin tercapai tujuan lailaha illallah tanpa
mengikut jalan ….Muhammad rasulullah.
Wallahu alam.
Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut
rasa,2013
No comments:
Post a Comment