a) Jika tidak mampu menangis kerana dosa, jangan pula sampai
ketawa dengannya!.
b) Selagi mendirikan solat terasa beban, selagi itulah hidup
akan terasa satu bebanan. Hijrahkanlah solat kita, insya-Allah akan hijrahlah
seluruh hidup kita. Hayatilah makna dalam setiap bacaan, gerak laku dan rasa
hati di dalamnya. Jagalah solat, Allah akan jaga kita!
c) Puasa itu menahan nafsu dalam usaha mendidik dan melatihnya.
Nafsu tidak boleh dihapus tetapi hanya boleh diurus. Sekat kekuatannya dengan
shiam pada siangnya – dengan tidak makan, minum serta menahan pancaindera
daripada maksiat dan dosa. Bebankan ia dengan qiam pada malamnya – dengan
solat, tadarus dan ibadah sunat.
d) Melakukan ketaatan kerana cinta lebih indah daripada
melakukannya dengan terpaksa. Petanda ketaatan dilakukan kerana cinta terasa
kemanisan semasa melalukannya. Petanda ketaatan dilakukan kerana terpaksa,
terasa kelegaan selepas melakukannya. Namun sebulum sampai ke tahap kemanisan,
laluilah dahulu jalan ketaatan dengan keterpaksaan.
e) Anggaplah ketaatan itu kecil di hatimu agar ia menjadi
besar di sisi Allah. Dan anggaplah kejahatan itu besar di hatimu agar ia
menjadi kecil di sisi Allah.
Wallahu alam.
Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut
rasa,2013
No comments:
Post a Comment