Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam
Pelajar Universitu Marmara yang dikebumikan di
Pemakaman Eyub Turki
bersebelahan makam Saidina Abu Ayub al-Ansari
Berjumpa bidadari di surga, itulah citra mimpinya. Mimpi seorang anak
muda yang merantau untuk mencari ilmu, mengembara, menimba pengalaman dan
mencurahkan bakti demi kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama.
Cintanya kepada sejarah Uthmaniyah dan kerajaan Islam telah membawa
satu-satunya anak lelaki, Ahmad Azam ke Istanbul.
Dengan biasiswa kerajaan Turki, pemuda berhati waja ini memanjangkan
cita-cita ke Universiti Marmara. Berada di bumi asing mematangkan lagi anak
muda Malaysia ini tentang hakikat kehidupan malah suasana baharu itu amat
serasi dengan jiwa pejuang mencari syahid. Lantaran itu dia tidak pernah gentar
apatah lagi gusar dalam menyertai misi kemanusiaan pelbagai negara.
Namun tersurat dalam perjanjian takdir, Allah menjemput anak muda yang
tinggi pekerti dan dihormati kerana ilmu agamanya ini di usia 20.
Mohd Azimi Kassim
Penyampai radio
Salam FM
Inilah orangnya. Mohd Azimi Kassim atau
lebih dikenali dengan panggilan Pak Ngah. Anak kelahiran Bagan Datoh,
Perak yang kini bergelar penyampai radio penyiaran berkonsep Islam, Salam FM. Pengalaman
mencecah 31 tahun dalam bidang penyiaran dan kewartawanan memberi laluan mudah
kepada Azimi untuk menebarkan program-program dakwah. Sebelum bersama Salam FM,
Azimi telah pun menimba pengalaman bersama Radio Television Malaysia atau RTM,
Radio Pendidikan dan stesyen tv swasta.
Asam garam dalam dunia penyiaran menjadikan azimi lebih matang dalam
mengutarakan program-program yang informatif dan serasi dengan aspek-aspek
kehidupan muslim yang menuju keredaan Allah.
Datuk Wira
Haji Hamza Taib
Pesuruhjaya
Polis Sabah
Bila Lahad Datu dilanda musibah, seluruh Malaysia dicengkau gundah dan
gelisah. Demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, anak kelahiran Jasin
Melaka ini menjadi lebih tenang dan bersemangat untuk menumpas satu demi satu
isu pencerobohan Sulu. Walaupun sering diasak dengan pelbagai persoalan dan
bersengkang mata pelbagai strategi telah melumpuhkan serangan lawan. Sebagai
anggota pasukan Polis Diraja Malaysia, yang memegang pucuk pimpinan kontigen
Polis Sabah beliau bukan sahaja bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan
orang awam tetapi dalam masa yang sama untuk memastikan anggota keselamatan
yang ditugaskan juga selamat sepanjang menjalankan tugas tersebut.
Sesuai dengan tekad dan ketulusan yang ada pada diri beliau, pada hari ini
Komisioner Polis Datuk Wira Haji Hamza Taib dipilih sebagai penerima Anugerah Maulidur
Rasul bagi tahun 1435H.
Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir
Mantan Duta Besar Malaysia ke Mesir
Keberanian adalah keupayaan yang membolehkan seseorang itu bertindak dengan
baik. Itulah lafaz kata yang serasi untuk menggarap citra diri Datuk Zainal
Abidin Abdul Kadir. Pengalaman semasa kecil membuatkan beliau ingin melihat
anak-anak Malaysia berjaya di luar negara.
Bagaikan orang mengantuk disorungkan bantal, begitulah juga semangat
Datuk Zainal Abidin apabila beliau dilantik menjadi Duta Malaysia ke Mesir pada
2005 – 2009. Melalui hubungan dua hala antara Malaysia – Mesir yang diakrabkan
oleh beliau, Malaysia mendapat kuota tambahan untuk menghantar pelajar
menyambung pengajian dalam bidang perubatan di bumi Mesir. Dari langkah yang
satu Datuk Zainal Abdin Abdul Kadir telah membuka perjalanan yang beribu bagi
menambah bilangan kepakaran orang Melayu dalam bidang perubatan.
Wallahu alam.
Masjid Putra,
Putrajaya
14 Jan 2014
No comments:
Post a Comment