Selalu dipatrikan
di dalam dadaku
sinar lembaranmu ya walilullah
melalui bait-bait
mereka yang bertuah.
Halus budimu ya muamin
suci jiwamu ya muzamir
sopan tingkahmu ya al-ameen
murni sunnahmu ya kalimullah.
Selalu aku cuba
semaikan benih-benihnya
umpama pohon yang rendang
selalunya buahku ambil awal
punya muda, mentah
betapa enaknya
jika ranum
demikian juga
ku dambakan
daripada amalanku.
bertemu denganmu ya habibullah
jika sekadar biji sawi
mahu dibezakan
dengan berjutaan buah-buahan syurga
di sana nanti.
Selawat dan salam
ke atas mu ya rasulullah
semuga tidak malu diterima
meskipun diriku
iras sehelai daun kering.
Mohd Farid Abdullah
Yong Peng, Johor
No comments:
Post a Comment