Saturday, January 18, 2014

Sebutir kata

Tuhanku!
Zamanku ini telah terkepung
angin adab timur sudah ke gunung
angin biadab barat bawa ke gaung
digugah bergulung bertembung
laju mahu jadi tuan
dunia berantakan.

Tuhanku!
kumohon Kau berikan sebutir kata
dari alam ketinggian semesta perkasa
hikmatnya menyelinap ke dasar hati
yang bertapak ke akal budi
paling dalam makna
paling kukuh jiwa
agar tidak insan temui kesudahan
laksana abu berterbangan
ditiup angin perasaan
hilang akal fikiran.

A.Aziz Deraman
Zaman Baru, DBP 2006

No comments:

Post a Comment