Wednesday, January 1, 2014

Perbaharui hidupmu

Pembaharuan dalam kehidupan seorang muslim mesti dilakukan agar dia tidak merasa bosan, jenuh dan tidak terkena kesan-kesan negatif. Namun ianya hendaklah tidak bertentangan dengan ketentuan al-Quran dan sunnah.

Seorang muslim hendaklah membahagikan waktunya untuk mengerjakan solat, membaca al-Quran, berzikir, mencari ilmu, berdakwah, menjalin silaturahim, berlibur selagi tidak menyalahi ketentuan syariat, mengunjungi saudara tercinta, bertemu dengan orang-orang yang berhormat, melakukan pelbagai jenis olahraga yang tidak bertentangan dengan syariat dan lain-lain aktiviti berguna ke arah menghilangkan kepenatan jiwa.

Allah SWT telah mencipta segala sesuatu dengan banyak jenis termasuk dalam hal peribadatan; ada ibadah hati, ibadah perbuatan, ibadah ucapan, ibadah harta, ibadah solat, puasa, zakat, haji dan jihad.  Bahkan dalam satu ibadah, terdapat kepelbagaian pula. Misalnya dalam solat; ada berdiri, membaca al-Quran, rukuk, sujud, membaca tasbih dan sebagainya. Zikir juga memiliki banyak ragam. Kita dapat mengingati Allah SWT dalam setiap keadaan; ketika berdiri, duduk dan berbaring.

Demikian halnya ketika mencari ilmu, terdapat pebagai jenis ilmu; imu tafsir, fekah, hadis, sejarah dan kebudayaan umum. Bahkan pelbagai keragaman dalam kehidupan juga ditemui demi jiwa tiada rasa jenuh; ada musim panas, dingin, gugur, semi, siang, malam, cahaya dan kegelapan. Betapa indahnya kebun dengan tumbuhan, bunga, buah-buahan dan sayur-sayuran. Demikian halnya dalam makan minum, warna, taraf hidup, masa, kesihatan dan lain-lain.

Ini semua bermakna bahawa hendaklah kamu memperbaharui hidupmu setiap hari, agar tidak jenuh dan giat dalam beribadah kepada Allah SWT sehingga kamu mencapai surga dengan jalan mudah dan lapang.

Wallahu alam. 

Syeikh Mahmud Al-Misri
The Power of Smile

No comments:

Post a Comment