Yang Maha
Menyaksikan
Wahai Tuhan
Yang Maha Maha Menyaksikan
kau tahu perihal peribadiku
walau kusembunyikan
di dasar samudera terdalam.
aku malu
apabila suatu saat nanti Kau buka
rahsia peribadiku itu
terutama ketika aku
berada di hadapanMu
tak kuasa aku membela diriku
kerana diriku sendiri
menjadi saksi.
Oh Allah
berilah aku kesempatan dalam hidup ini
untuk sentiasa dekat padaMu
hingga aku dapat terus menyaksikanMu
menyaksikan kehadiranMu di antara
makhluk-makhlukMu.
Aameen.
Kecerdasan berasaskan
Asmaulhusna
Sulaiman Alkumayi;2011
No comments:
Post a Comment