a) Ingat kepada mati akan memadam
godaan untuk melakukan dosa.
b) Menunaikan janji kita kepada
Allah adalah bukti kemampuan kita menunaikan janji kepada manusia. Sekiranya
janji kepada Allah Yang Maha Pemberi pun diabaikan, apatah lagi janji kepada
manusia yang sama-sama lemah dan hina. Janji kita kepada Allah – untuk menjadi
hambaNya dahulu, kini dan selamanya.
c) Menjadi hamba Allah sebenar
itulah kemerdekaan sejati. Merdeka daripada Allah ertinya dijajah oleh hawa
nafsu. Itulah penjajahan yang hakiki. Apakah kita telah merdeka atau pun masih
terjajah?
d) Jadilah tangan yang di atas
dengan mencari, memiliki dan memberi harta. Milikilah hati yang celik dengan
mencintai syurga tanpa meminggirkan dunia!
e) Melakukan kebaikan lebih mudah
daripada meninggalkan kejahatan, kerana kebaikan boleh dilakukan oleh sesiapa
sahaja, tetapi meninggalkan kejahatan hanya mampu dilakukan oleh hamba Allah
yang baik!
Ya Allah, sekiranya kami tidak mampu menangis kerana dosa-dosa kami,
janganlah kiranya hati kami biasa-biasa sahaja dengan dosa itu!.
Wallahu alam.
Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013
No comments:
Post a Comment