Friday, January 3, 2014

Dorongan

Esei 40

Kejayaan manusia bergantung pada kesihatan minda dan fizikal, justeru jangan pandang ringan kecergasan dan kesihatan kerana dari situlah munculnya motivasi. Bateri manusia harus dicas semula dengan aturan pemakanan yang sihat, rehat dan senaman yang cukup.Menjadualkan rangka kerja dan menetapkan keutamaan juga meningkatkan kecekapan, kurangkan pembaziran masa dan tenaga. Kesangsian, kemarahan, ketidakpuasan hati, kerisauan, pertelingkahan dan pelbagai bentuk sikap negatif akan melemahkan tenaga;hindarkan. Disiplin, fleksibiliti dan kewarasan amat perlu untuk membentuk kemahiran bagi mengurangkan kelesuan dan menganjurkan kehidupan yang berjaya.

Beberapa cadangan ke arah mencipta dan menjimatkan tenaga adalah:

* Berehat dengan minda yang tenang, muzik yang lembut dan aktiviti segar.
* Tidur sejenak yang kerap terbukti berkesan untuk kesihatan am, khasiatnya setanding dengan tidur yang lama.
* Laksanakan tugasan yang sukar dahulu sebelum anda terlalu penat.
* Tidur dan bangun awal; jikalau tidak anda menerlukan lebih banyak masa untuk merawat kesan-kesan keterlaluan terhadap badan anda
* Ketegangan dan pembaziran (seperti berbelanja lebih) akan menghakis diri anda. Tingkatkan tenaga untuk kerja yang menguntungkan.

a) Tenaga dan kegigihan akan menyesuaikan manusia untuk sebarang tanggungjawab. (T.F. Merseles)
b) Usia mengedutkan kulit, tetapi kurang semangat mengedutkan jiwa. (Joe Applegate)

Wallahu alam.

Stephen W.K.Tan
100 Esei Inspirasi & Motivasi Untuk Pelajar

No comments:

Post a Comment