Makna qana’ah mencakupi dua
perkara berikut:
a) Manusia secara tabiatnya
memiliki ketamakan dan kerakusan terhadap dunia, sehingga nyaris tidak akan
kenyang ataupun hilang dahaganya terhadap dunia. Oleh itu agama memberi
petunjuk kepada manusia untuk bersikap sederhana dalam mencari kekayaan dan
berlaku baik dalam mencari rezeki. Sikap sederhana itu juga mendatangkan
ketenangan dalam hati yang merupakan rahsia kebahagiaan. Sikap tersebut juga
menjauhkan manusia dari sikap berlebih-lebihan yang dapat menzalimi jiwa dan
dan badan.
Jika manusia dibiarkan untuk
ketamakan dan kerakusannya, nescaya dia akan menebarkan bahaya bagi dirinya
sendiri dan orang-orang sekitarnya. Oleh itu, perlu ada pimpinan kepada nilai
yang lebih luhur, makna yang lebih kekal dan rezeki yang lebih berkat. Itulah
fungsi agama.
Fungsi iman ialah untuk
memberikan batasan pada gejolak ketamakan dan kerakusan yang melencong dalam
jiwa manusia. Jangan sampai sifat tersebut menguasai manusia sehingga
menjadikannya tidak pernah merasa cukup dengan yang sedikit, tidak pernah puas
dengan yang banyak, tidak memadamkan apa dahaganya sehingga matanya masih tetap
melihat segala sesuatu yang ada di tangan orang lain. Rezeki yang halal tidak
pernah membuatnya puas sehingga air liurnya meleleh untuk memperolehi yang
haram. Jiwa seperti itu tidak akan pernah memiliki rasa reda dan ketenangan
jiwa. Jiwa itu seperti Jahanam.
Iman berfungsi untuk mengarahkan
jiwa menuju nilai yang lebih bermakna dan abadi menuju negeri akhirat yang
kekal serta menunju Allah SWT Yang Maha Hidup dan tidak pernah mati. Seorang
mukmin yang sebenar melihat kekayaan itu bukan pada hartanya yang melimpah
ruah. Kekayaan itu berada dalam diri manusia!
b) Seseorang itu reda dengan
segala sesuatu yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepadanya yang memang
tidak dapat ditolak atau diubah. Dalam batasan-batasan yang telah ditetapkan,
maka dia wajib untuk berusaha dan berikhtiar. Oleh itu janganlah dia hidup
dalam mimpi tentang sesuatu yang tidak mungkin diperolehi olehnya dan melihat
dengan penuh iri hati terhadap kurnia yang didapati oleh orang lainyang tidak
diperolehinya.
Kesimpulannya, hendaklah kamu
sentiasa reda terhadap sesuatu yang telah Allah berikan kepadamu, sama ada
berupa harta, kecantikan, kecerdasan, kesihatan, isteri, anak dan tempat
tinggal. Dengan begitu, kamu akan hidup dalam kebahagiaan dan keredaan terhadap
ketentuan Allah SWT.
Nilai seseorang ditentukan
daripada perbuatannya. Nilainya terletak pada amal soleh dan pelbagai khidmat
yang kamu berikan kepada agama, negara dan keluargamu. Nilaimu bukan terletak
pada harta, pangkat, kekuatan dan kecantikan. Redalah ke atas pemberian Allah
SWT kepadamu, maka kamu akan menjadi manusia yang paling kaya.
Wallahu alam.
Syeikh Mahmud Al-Misri
The Power of Smile
No comments:
Post a Comment